Mercu Tanda
BENUT
Pekan ini terletak di bahagian barat negeri Johor Darul Ta’zim kira-kira 62 km dari bandaraya Johor Bahru dan 26 km dari bandar Pontian. Ia merupakan penghujung bahagian utara Daerah Pontian yang menghubungkan daerah Batu Pahat dan juga Daerah Kluang.Perjalanan ke kawasan ini mangambil masa kira-kira sejam jika dari bandar Johor Bahru dan kira-kira 25 minit dari Pontian. Gambar menunjukkan 2 mercu tanda Benut yang memang diingati setiap warga Benut iaitu Loji Simpanan Air Benut.Setiap kali terlihat Loji Simpanan Air ini maka terdetik dihati kita telah sampai ke Daerah Benut.
Mercu tanda kedua iaitu tugu yang berbentuk Keris yang melambangkan Keberanian, Kegagahan, & Kekuatan menunjukkan semangat warga Benut yang hebat. Ini merupakan mercu tanda yang terbaru bagi pekan Benut.