| 1) Apakah perkhidmatan pintar yang ditawarkan oleh NADI? |
|---|
| NADI menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk program keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, program kesedaran keselamatan, dan kolaborasi bersama program-program kerajaan. |
| 2) Siapa yang layak untuk menyertai program-program NADI? |
|---|
| Semua individu dari komuniti setempat layak untuk menyertai program-program NADI, dengan beberapa program direka khusus untuk kanak-kanak, remaja, wanita, dan usahawan. |
| 3) Bagaimana cara untuk mendaftar ke dalam perkhidmatan pintar NADI? |
|---|
| Pendaftaran boleh dilakukan melalui pendaftaran di NADI yang berdekatan. Pengguna perlu mengisi maklumat peribadi asas dan memilih program yang diinginkan. |
| 4) Adakah terdapat yuran untuk menyertai program NADI? |
|---|
| Pendaftaran sebagai ahli NADI adalah percuma! Setelah berdaftar, anda boleh menyertai semua program NADI tanpa sebarang bayaran. Jika anda sudah menjadi ahli NADI, anda hanya perlu terus menikmati manfaat program yang disediakan tanpa perlu mendaftar semula. |
| 5) Apakah platform yang digunakan untuk mengikuti program atau aktiviti NADI? |
|---|
| Program NADI dijalankan melalui laman web rasmi NADI, dengan akses ke sesi maya untuk latihan, konsultasi, dan pemantauan. Selain itu, hebahan juga dibuat melalui media sosial rasmi NADI serta aplikasi kumpulan seperti Telegram dan WhatsApp bagi memastikan maklumat program sampai kepada komuniti dengan lebih meluas dan pantas. |
| 6) Adakah terdapat had umur untuk menyertai program NADI? |
|---|
| Had umur berbeza mengikut program. Beberapa program ditujukan khusus kepada pelajar sekolah, kanak-kanak, atau orang dewasa, manakala sesetengah program terbuka kepada semua peringkat umur. |
| 7) Adakah saya boleh mendaftar untuk lebih daripada satu program NADI pada masa yang sama? |
|---|
| Ya, peserta dibenarkan mendaftar untuk lebih daripada satu program jika mereka berminat dan memenuhi kriteria program tersebut. |
| 8) Apakah langkah-langkah keselamatan untuk memastikan data saya selamat dalam sistem NADI? |
|---|
| NADI menggunakan protokol keselamatan data yang ketat untuk melindungi maklumat peribadi. Data disimpan dengan selamat dan hanya diakses oleh pihak yang diberi kuasa. |
| 9) Bagaimana saya boleh mendapatkan bantuan jika terdapat masalah teknikal semasa menggunakan perkhidmatan pintar NADI? |
|---|
| Anda boleh menghubungi sokongan pelanggan NADI melalui e-mel atau talian bantuan yang disediakan di laman web NADI. |
| 10) Adakah terdapat sijil atau pengiktirafan bagi peserta program NADI? |
|---|
| Terdapat beberapa program perkhidmatan NADI yang menawarkan sijil kepada peserta yang menyertai program-program yang ditawarkan. |