Bengkel Mahir Sumo Robot Sesi 4 (Sekolah Rendah) – 08 November 2025
10 November 2025
Tarikh
Masa
Tempat
Peserta
08.11.2025, Sabtu
10.00 pagi – 11.00 pagi
NADI Kampung Permatang Sepam
10 orang
Tujuan :
Memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah tentang asas pengaturcaraan dan kawalan robot, termasuk cara menggerakkan robot, mengesan halangan, serta memahami strategi asas pertandingan sumo robotik.
Okjektif :
1.
Menggalakkan pelajar memahami konsep asas robotik secara praktikal.
2.
Membangunkan kemahiran logik, analitik dan penyelesaian masalah.
3.
Menyemai minat terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
Aktiviti :
1.
Sesi pembelajaran interaktif tentang asas kawalan robot.
2.
Demonstrasi dan latihan menggerakkan robot di arena maya.
3.
Penerangan strategi pertandingan sumo robotik.
4.
Aktiviti kumpulan mini untuk simulasi pertandingan.
Manfaat :
1.
Pelajar dapat mengasah kemahiran berfikir secara logik dan kreatif.
2.
Meningkatkan minat terhadap dunia sains dan teknologi.
3.
Mewujudkan kerjasama dan komunikasi antara peserta.
4.
Memberi pengalaman menyeronokkan dalam mengawal robot dan memahami konsep pertandingan.