PROGRAM WORD KREATIF
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk proses pembelajaran menggunakan MS Word.Selain dari itu ia bertujuan untuk mempromosikan aktiviti ILES dan Latihan Keusahawanan disamping mempromosikan keahlian Pusat Ekonomi Digital. Program “Word Kreatif” adalah penghasilan LOGO yang menarik lagi kreatif dengan menggunakan MS Word. Setiap peserta yang menyertai diberikan sijil dan cenderahati.
PROGRAM SEPANJANG BULAN OGOS 2015
PROGRAM YASSINAN & TAHLIL MINGGUAN
Program Yassinan & Tahlil ini diadakan setiap hari Jumaat pada jam 2-5 petang. Program yang dianjurkan oleh Kumpulan Wanita Kg Permatang Sepam Benut ini, dihadiri oleh golongan wanita & anak-anak jati kg ini. Pada kebiasaannya kumpulan ini akan hadir ke rumah mengikut turutan mingguan yang telah diaturkan. Dimulakan dengan majlis bacaan surah Yassin & tahlil yang diketuai oleh seorang ustazah dan diakhiri dengan Doa. Kemudian sedikit jamuan dihidangkan kepada para tetamu.Disamping itu terdapat 1 tabung khas derma dikutip untuk dijadikan tabungan kepada aktiviti wanita atau sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan sebagainya. progam seperti ini akan sentiasa dikekalkan dan diperkenalkan kepada generasi baru supaya ianya berterusan pada masa akan datang.