Kempen Internet Selamat (KIS) Bersama Sekolah Kebangsaan – 29 Oktober 2025
7 November 2025
Tarikh
Masa
Tempat
Peserta
29.10.2025, Rabu
10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Sekolah Kebangsaan Parit Markom
81 orang
Tujuan :
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Melalui kempen ini, pelajar didedahkan kepada tips keselamatan dalam talian, etika berinternet, serta cara mengenal pasti ancaman siber seperti penipuan dan buli siber. Aktiviti interaktif turut dijalankan bagi menarik minat serta meningkatkan kefahaman pelajar.
Okjektif :
1.
Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai keselamatan dalam talian.
2.
Membentuk sikap berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial.
3.
Menggalakkan pelajar menjadi pengguna digital yang bijak serta mampu mengenal pasti risiko siber.
Aktiviti :
1.
Taklimat dan perkongsian interaktif mengenai keselamatan internet.
2.
Sesi soal jawab dan kuiz berkaitan etika berinternet.
3.
Tayangan video kesedaran ancaman siber.
4.
Aktiviti kumpulan berasaskan situasi dunia maya sebenar.
Manfaat :
1.
Pelajar lebih peka terhadap bahaya penipuan dan buli siber.
2.
Meningkatkan kefahaman pelajar tentang penggunaan media sosial secara selamat.
3.
Membentuk generasi pengguna digital yang beretika dan bertanggungjawab.
4.
Mengukuhkan kerjasama antara MCMC, NADI, dan pihak sekolah dalam usaha mendidik masyarakat celik digital.