mcmc
Maklumat PI

Mengenai NADI Kampung Permatang Sepam, Johor

Mengenai NADI Kampung Permatang Sepam, Johor

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Permatang Sepam mula beroperasi sejak 8 Mac 2009 dan dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK). Kini dengan penjenamaan baharu, pusat ini dilengkapi 20 komputer canggih, serta pelbagai kemudahan ICT seperti mesin fotostat, pencetak, laminate dan banyak lagi.

Objektif utama NADI:

  1. Menyediakan capaian Internet secara kolektif bagi komuniti luar bandar.
  2. Memperkasakan komuniti dengan program holistik untuk merapatkan jurang digital dan sosio-ekonomi.
  3. Menyampaikan sebaran maklumat kerajaan secara tepat dan terkini kepada masyarakat setempat.

Dari sudut ekonomi, komuniti dibimbing untuk menceburi bidang digital seperti pemasaran atas talian melalui bimbingan dua kakitangan terlatih.

Sehingga kini, lebih 1,414 ahli berdaftar dan 60,000 pengguna telah menerima manfaat daripada perkhidmatan kami!

NADI bukan sekadar pusat teknologi –ia adalah pemangkin perubahan digital dan kesejahteraan komuniti.