Sempena tahun baharu ini, kami ingin berkongsi sebuah destinasi menarik yang kini dibuka kepada orang ramai. Nurjannah Riverfront Camp, yang terletak di Benut, Pontian, merupakan lokasi rekreasi baharu yang sesuai untuk seisi keluarga serta rakan-rakan menikmati aktiviti santai dalam suasana yang tenang dan mendamaikan.
Sejak pembukaannya, Nurjannah Riverfront Camp telah menerima kunjungan ramai pengunjung dan kini menjadi pilihan utama sebagai lokasi sambutan hari lahir, mesyuarat santai, serta tempat menjamu selera di Nurjannah Café.
Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan di sini, antaranya:
- Aktiviti mandi-manda
- Kayak
- Memancing kolam
- Kem motivasi & aktiviti team building (bakal dibuka)
Untuk pengunjung yang ingin bermalam, kemudahan chalet yang selesa turut disediakan, lengkap dengan kemudahan katil dan penghawa dingin.
Antara fasiliti yang ditawarkan:
- Kolam renang
- Kafe Nurjannah
- Kolam memancing
- Chalet
- Ruang santai
- Dewan terbuka dan dewan seminar
- PA sistem
- Ruang jamuan
Maklumat Operasi:
Waktu Operasi Kawasan Rekreasi:
3.00 petang – 10.00 malam (Isnin – Jumaat)
Alamat:
No. 3, Jalan Benteng Kanan, 82200 Benut, Pontian, Johor
Hubungi:
Daniel: 011-5585 8245
Karlx: 011-5587 8245
Waktu Operasi Kolam Renang:
9.00 pagi – 11.00 malam (Setiap Hari)
☕ Waktu Operasi Nurjannah Café:
9.00 pagi – 10.00 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
