NADI Kampung Permatang Sepam mula beroperasi pada 22 Disember 2008 di bawah Parlimen P164 Pontian dan DUN N53 Benut.
Ia berfungsi sebagai pusat maklumat dan digital komuniti yang menyediakan kemudahan ICT seperti komputer, internet, mesin fotostat, pencetak, serta sokongan staf.
NADI menawarkan pelbagai perkhidmatan penting termasuk pembayaran bil utiliti, insurans, tambah nilai, pindahan akaun, penghantaran parcel GDEX, urusan KWSP, CIDB, LHDN, SSM, permohonan lesen pekebun kecil MPOB, pendaftaran sekolah dan STR, serta bantuan penyediaan dokumen rasmi.