Kementerian Komunikasi menyeru semua wakil rakyat tanpa mengira parti agar turut mempromosikan program NADI x Keusahawanan, yang bertujuan melahirkan usahawan berpotensi melalui latihan berstruktur.
Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching berkata, seramai 7,000 usahawan disasarkan menyertai program ini tahun 2025, dengan 60% penyertaan wanita. Antara komponen utama program ialah NADIpreneur dan NADI EmpowHER, yang menyediakan latihan, bimbingan dan khidmat nasihat kepada wanita dalam bidang keusahawanan.
Setakat 31 Mac 2025, lebih 3,390 wanita telah menyertai latihan di bawah program ini.
#NADIxKeusahawanan #NADIpreneur #NADIEmpowHER #DigitalUntukSemua #KomunitiBerdaya

Sumber:
Berita Harian